Peluasan kuasa Khilafah_Fatimiyyah

Pada tahun 972, angkatan pimpinan Jawhar aṣ-Ṣiqillī Al-Mu'izz id-Dinillah menewaskan dinasti Ikhsyidiyah yang bertempat di sana. Pihak Fatimiyah menawan kota Fustat lalu membangunkan suatu kota baharu bernama Kaherah (القـــاهــرة al-Qāhirat "Sang Penunduk").[5] Mereka turut mara menakluk wilayah-wilayah sekitarnya hingga mereka berkuasa dari Tunisia ke Suriah dan malahan menyeberang ke Sicilia dan Italia selatan.

Mesir menjadi pusat kekuasaan kerajaan ini yang mencakupi Afrika Utara, Sisilia, pesisir Laut Merah Afrika, Palestin, Suriah, Yaman, dan Hijaz;[6][7] pusat perdagangan ia meliput luas kedua-dua Laut Tengah dan Lautan Hindi.

Kerajaan Fatimiyah dilihat jauh lebih cekap dalam urusan pentadbiran mereka berbanding kerajaan sezamannya di Eropah kerana penumpuan pelantikan pegawai-pegawai ia yang lebih berdasarkan kecekapan berbanding keturunan. Anggota cabang lain dalam Islām, seperti Sunni, sepertinya diangkat ke kedudukan pemerintahan sebagaimana Syi'ah. Toleransi dikembangkan kepada non-Muslim seperti para penganut Kristian dan Yahudi yang mendapatkan kedudukan tinggi dalam pemerintahan berdasarkan kepada kemampuan (pengecualian pada sikap umum toleransi ini termasuk "Mad Caliph" Al-Hakim bi-Amrillah).